15 Februari 2009

Wanita Solehah

Bagaimanakah mahu menjadi wanita solehah??

Bukan MUDAH utk menjd wanita SOLEHAH..dan bukan SUSAH juga utk manjadi wanita solehah..apa yang perlu ada pd seorang wanita utk bergelar SOLEHAH..adakah hanya kerana NAMANYA mmg SOLEHAH..huhu..sudah tentu bukan jikalau dia tidak memiliki ciri2 SOLEHAH..so siapakah wanita pilihan ALLAH ini ??..yg hidupnya sentiasa DIBERKATI...mari kita berfikir sejenak...pernahkah anda wahai wanita sekalian (yg wanita sahaja ok!) terfikir utk menjadi wanita SOLEHAH?? jikalau ia...bagaimana utk menjadi wanita SOLEHAH??..ermm..mari kita renung kan bersama.....(",)

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya

2. Taat kepada suami


Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya

- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

- Berbuat baik kepada ibu & bapa

- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang

- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa

- Bersikap baik terhadap tetangga


2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah

- Tidak bermasam muka di hadapan suami

- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

ermm...utk syarat yg pertama ...rsnye terlalu jauh dr ni utk bergelar SOLEHAH ni...tp insyaAllah nawaitu penting ...dlm hati sentiasa ada...tp bilakah agaknye....Ya Allah...sesungghnya engkau lebih mengerti....tp bg syarat ke2..xada lg....sbb lom nikah...huhuh