27 Februari 2007

adoii..

penink3...ari2 penink..arini lg horror....
nape la erk..heran2......erm...
riso pon ade....tp wt2 appy jer...
padehalnye end of dis week da kna submit first draft...huhu...

adoii....sakit kepale......

25 Februari 2007

me back

arghhh..penatnyer...cuti br je abeh....ni week 4 concerntrate on my work...all my stuff da lame x layan..haha...erm...adik aku da selamat btunang 24.2 semlm...aku tumpang gumbira...lagi pon aku sgt la suke coz dpt cincin free..hehe...langkah bendul lah kate kan...uwaaa..ngantuk seh...nk tdo la....bye...

14 Februari 2007

penink paler..



huhu..da lame rsnye x update blog nih...ermm..atas ni pic yg aku dah edit..adehh..alhamdulillah 
aku btol2 bersyukur application nk wt training kat manjung dah approve...tp masalah skang,aku da dpt  2 tempat...ermm xtau plak nk pilih yg mane satu..ermm..
ermm mak aku ckp better amik kat MPM jer..dkat ngan umah..g training pon jln kaki jer..
tp xde elaun ...beseler gov company..nk tenaga free jer..tp xpe..bknnye itu yg aku mahu..hehe..aku nk ilmu n pengalaman...kalo ade rezki pas abeh staD trus leh apply keje kat ctu..dkt ngan family...besh nyer..kalo br fresh graduate dah keje..cm along aku...ermm...skang ni otak lebih tertumpu pade test PL lak..adoii..satu mende x bc lg nih...ermm...mlm ni br terhegeh2 nk bc...xpela test ari jumaat ...hehe......ermm...nk layan lagu mutiara hati la..best...

05 Februari 2007

ermm

sejak akhir2 ni..aku xtaula ape nak jadi ngan aku...aku pon xtau la nape lah aku jadi lemah mcm nih...kenapa?????aku jadi malas....malas sgt....akibatnye bile aku PK psl projek n staD..aku jd tension...ishhh....nape ngan ku nih....?sape leh bantu aku ...tolong...............aku asyik tepon mak aku...soh doakan aku berubah skit....aku btol2 pelik....heran......aku hilang keyakinan diri.........dari segala segi......adoiiii....dari segi ibadah pon...aku macam lalai je.....YA Allah adakah ini balasan-Mu....??....ampunilah hamba-Mu ini Ya Allah.......aku perlukan satu semangat........semangat perjuangan macam b4 nih......aku perlu memotivasikan diri.....Mesti...Mesti........get Up emi...bangun....bangun......sem ni sem penting....jgn ikutkan kata hati...nanti MATI.....bergerak sekarang......WAJIB!!!!!!!!!!...sesiapa yang terbaca rintihan ati aku ni....doakan lah aku yer...doakan aku moga aku peroleh kejayaan yang aku inginkan....aku hargai sgt doa korang....aku pon doakn semo kejayaan muslimin muslimat agar kita teguh berdiri di cc ISLAM...."Persistence Is The Gateway To Success"

Kebesaran Allah SWT

Sebagai Iktibar tentang kebesaran Allah s.w.t. Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar. Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doctor neurologi.Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yangbertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf didalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.Kesimpulannya:Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.Dipetik daripada Arab News,7 Januari (atau Februari) 1987.

02 Februari 2007

ari yang pelik

kenape ye??aku rasa arini macam pelik jer...td lepas balik kelas..kami b3 trus g Imrish ..makan kat sane....pastu g library cari buku nk wat rujukan PROJEK 1.....kat dlm library td...adeii...jenuh aku cr buku...penat seh..pastu malang tollah arini....lupe plak yg arini jumaat...org nk p solat jumaat...so kami b3 ni pon selambe je lewt kuar dr library...so kesudahannye bas xde....kenalah menapak nak balik ke Ilmu....adeii...penas plak...yang sedeynye...buku plak bnyk..berat2 plak tuh..adoi.. SABO JE LA KN!! ....yang pelik tuh......sapai umah je...trus lapa blik..hahahah...penangan menapak la nih...cecair kat badan ni da kna serap dik matahari...so kemaruk la cari makanan...hahahah..adeiiilaaa...sapai skang ni pon rs lapa lg....kalo dpt McD kan best....srruppp...prosperaty burger....adeii...terliur plak...huhu

01 Februari 2007

my new blog

ermm...

harap2...nilah blog yg leh d'consider'kn sbg "my daily dairy",,hehe

ermm....kat cni gaklah tmpat aku meluangkan masa dan meluahkan perasaan yang terbuku kat ati nih..huhu...

ape2 jela...

janji..aku tetap aku...

huhu...hadapi dgn senyuman....life MUST go on...

SEBUAH KISAH CINTA SUCI...

Secebis kisah cinta kepada manusia dan hebatnya cinta kepada Allah Cinta antara Zainab binti Rasullullah dan suaminya Abil Ash bin Rabi?, anak saudara kepada Khadijah Khuwailid adalah cinta yang sungguh indah. Namun ikatan cinta yang kukuh ini tidak mampu menandingi cinta agung kepada Allah dan Rasul, hingga mereka terpaksa brpisah. Perkahwinan antara Zainab dan Abil Ash berlangsung sebelum Nabi Muhammad menerima wahyu. Tetapi tatkala cahaya keimanan mulai bresinar, Zainab tlah memeluk agama Islam manakala Abil Ash tetap dengan agamanya. Sebelum Abil Ash menjadi tawanan kaum muslimin dalam perang Badar, Zainab telah mnebusnya dengan kalung pemberian ibunya Khadijah.
Manakala ketika harta benda penduduk Makkah yang dibawa ke Syam oleh Abil Ash utk diperniagakan telah dirampas oleh kaum muslimin, Zainab telah melindungi Abil Ash sehingga harta bendanya dikembalikan. Rasulullah s.a.w amat terkesan melihat kesetiaan puterinya kepada suami yang telah ditinggalkannya semata-mata kerana Allah. Dia tetap memberi khidmat bakti dan kesetiaan kepada Abil Ash demi cinta yang tidak pernah padam. Akhirnya Abil Ash mendapat petunjuk iman dan keyakinan. Dia pun brhijrah ke Madinah menyusul Zainab. Suami isteri yang saling mencintai ini bertemu utk kedua kalinya setelah sekian lama berpisah.TIdak lama setelah pertemuan itu, Zainab pun meninggal dunia iaitu pada tahun 8 HIJRAH. Dia menjadi contoh terbaik dalam hal kesetiaan isteri, keikhlasn cinta dan kebenaran iman.

  • CINTA yang mengalir kerana Allah, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni.
  • CINTA yang bukan diukur mengikut pandangan mata, tapi mengikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana ALLAH dan CINTA diberi adalah untuk mendapat keredhaan ALLAH.
  • CINTA begini tiada batasannya.
  • Dan CINTA lahir hasil dari sama-sama CINTA kepada ALLAH?
  • CINTA bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan,
  • CINTA bukan mengajar kita menghinakan diri tapi menghembuskan kegagahan.
  • CINTA bukan melemahkan kudrat tapi membangkitkan semangat ..HAMKA

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1428H
















MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Peristiwa-peristiwa penting:


  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.Pada 10 Muharam juga telah berlaku:1
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

kita adalah insan yg Tak punya


UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....

BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...

TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA~"


Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..."~