01 Februari 2007

SEBUAH KISAH CINTA SUCI...

Secebis kisah cinta kepada manusia dan hebatnya cinta kepada Allah Cinta antara Zainab binti Rasullullah dan suaminya Abil Ash bin Rabi?, anak saudara kepada Khadijah Khuwailid adalah cinta yang sungguh indah. Namun ikatan cinta yang kukuh ini tidak mampu menandingi cinta agung kepada Allah dan Rasul, hingga mereka terpaksa brpisah. Perkahwinan antara Zainab dan Abil Ash berlangsung sebelum Nabi Muhammad menerima wahyu. Tetapi tatkala cahaya keimanan mulai bresinar, Zainab tlah memeluk agama Islam manakala Abil Ash tetap dengan agamanya. Sebelum Abil Ash menjadi tawanan kaum muslimin dalam perang Badar, Zainab telah mnebusnya dengan kalung pemberian ibunya Khadijah.
Manakala ketika harta benda penduduk Makkah yang dibawa ke Syam oleh Abil Ash utk diperniagakan telah dirampas oleh kaum muslimin, Zainab telah melindungi Abil Ash sehingga harta bendanya dikembalikan. Rasulullah s.a.w amat terkesan melihat kesetiaan puterinya kepada suami yang telah ditinggalkannya semata-mata kerana Allah. Dia tetap memberi khidmat bakti dan kesetiaan kepada Abil Ash demi cinta yang tidak pernah padam. Akhirnya Abil Ash mendapat petunjuk iman dan keyakinan. Dia pun brhijrah ke Madinah menyusul Zainab. Suami isteri yang saling mencintai ini bertemu utk kedua kalinya setelah sekian lama berpisah.TIdak lama setelah pertemuan itu, Zainab pun meninggal dunia iaitu pada tahun 8 HIJRAH. Dia menjadi contoh terbaik dalam hal kesetiaan isteri, keikhlasn cinta dan kebenaran iman.

  • CINTA yang mengalir kerana Allah, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni.
  • CINTA yang bukan diukur mengikut pandangan mata, tapi mengikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana ALLAH dan CINTA diberi adalah untuk mendapat keredhaan ALLAH.
  • CINTA begini tiada batasannya.
  • Dan CINTA lahir hasil dari sama-sama CINTA kepada ALLAH?
  • CINTA bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan,
  • CINTA bukan mengajar kita menghinakan diri tapi menghembuskan kegagahan.
  • CINTA bukan melemahkan kudrat tapi membangkitkan semangat ..HAMKA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

-leave ur comment here-