19 April 2009

macam mana nk jd org yang berjaya??

salam alaik wahai para sahabat...


utk entry kali ni..aku sj nk share ngan korg semo psl cam mana nk jd org yg berjaya..baru2 ni...last week aku ade pergi kursus seminar utuk wakil takaful etiqa selama 2 hari kat Ulu Langat ...kire bermalam kat sana la...so sepanjang kat sana ...aku ada belajar cr memotivasikan dr menjadi org yg berjaya...berjaya dalam apa jua yg kita impikan ...IMPIAN itu inspirasi hidup..tol x??bukan mudah kan nk berjaya...tp bukan mudah gak utuk tidak berjaya...utuk gagal sgt senang...sbb ape senang gagal?? sbb cepat putus...putus apa??? putus ASA....setiap org ade simpan HARAPAN..tinggi langit..kononnye kalah la langit ke-7..kononlahh...tp..kebanyakan org yg TAK berjaya ni ...semangat mcm angat2 tahi ayam...memula je beria tahap gaban...tp bila masalah timbul...dah mula give up..bosan..asik gagal je...buat ..gagal..buat..gagal...tp adakah gagal..akan gagal selamanye...???...mesti tak kan...so camne nk bangun selepas gagal...ke nak biakan aje..rs dah berada dalam comfort zone...??..kata...xde rezki ....Hello sister n brother!!!...kite bukan gagal lagi...cuma Allah nk uji kite...kite BUKAN gagal....tp KITE BELUM BERJAYA...rezki Allah sgt luas...bila kite dah rs kegagalan...try uji balik..nape gagal???..buat muhasabah dr...ape yg kurang...buat research...buat plan KEJAYAAN yg br...kena ada FUTURE PLANNING n optional plan...buatla berapa banyak plan yg sesuai dengan TARGET KEJAYAAN tu...plan A, B, C...dan seterusnya....kemudian BERTINDAK mengikut plan...jgn mudah putus asa...teruskan usaha menuju TARGET KEJAYAAN...step by step...buat dan buat..walau jatuh 1000 kali..tetap usaha.....sesuai ngan firman Allah....Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorg melainkan..dia yg mengubah nasibnya sendiri..tol kan??..so manelah tau..selepas 1000 kali percubaan...masih gagal gak...try kite move 1 step lg....insyaAllah...kejayaan tu pd percubaan ke 1001..haaa...kan berjaya...huhuh...so usha kat bwh ni beberapa step utuk berjaya:

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru . Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.


5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

1 ulasan:

-leave ur comment here-